Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (13)

Watak sampingan ialah watak pembantu yang membantu watak utama membangunkan sesebuah cerita.

Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
 [7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masyarakat  yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]

SARAWAK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Silir Daksina
Di Sebalik Dinara
·     Abdullah bin Kayan/ Amirulnizam / Cikgu Zam
-      Pencinta sastera dan budaya
-      Amat menyayangi anaknya Aiman/ Haiqal
-      Halus jiwanya tetapi kuat dan tabah
-      Mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa terhadap kebudayaan yang ada di kampungnya.
-      Bersikap pemalu
-      Berpengaruh di Kampung Seri Purnama
-      Mempunyai ketokohan dalam bidang kesusasteraan dan diiktiraf oleh kerajaan negeri
-      Sangat teliti dalam membuat keputusan
-      Tidak bersikap tergesa-gesa
-     Penari zapin
·     Ong Swee Hwa / Ai Ling
-      Anak kepada Tauke Ong / Tauke Lim
-      Memiliki rambut lembut, lurus dan keperang-perangan
-      Fasih berbahasa Melayu dan tiada kedengaran pelat Cina ketika bercakap
-      Pandai mendeklamasikan puisi dan pernah memenangi pertandingan deklamasi sajak sewaktu di sekolah rendah
-      Rajin menyiapkan kerja sekolah
-      Gadis yang pendiam
-      Mempunyai perwatakan menarik dan ayu
-      Suka akan masakan yang pedas-pedas
-     Bersikap amanah.
·     Tauke Ong / Tauke Lim
-      Ayah kepada Ai Ling / Swee Hwa dan Ai Ching
-      Rajin menorah getah, meraih pisang dan pinang untuk dijual di pecan
-      Jujur dan baik hati
-      Tahu membalas budi orang lain
-      Suka akan seni  budaya tarian zapin
-      Bertanggungjawab terhadap anak-anaknya
-      Menepati masa
-     Pandai bergaul dengan masyarakat Melayu
·     Ratna
-      Kawan baik kepada Haiqal.
-      Seorang yang berminat dalam bidang perniagaan – Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.
-      Seorang yang suka mengusik – selalu mengusik Haiqal yang suka berkhayal.
-      Seorang pendengar yang setia – sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.
-     Seorang yang baik hati – sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.
·     Umi / Ibu Haiqal
-             Seorang usahawan yang berjaya – mempunyai kedai batik di pasar Payang.
-             Seorang yang penyayang – sangat sayangkan Haiqal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal bertemu dengannya.
-             Seorang yang pemarah dan pendenam – dia melarang Haiqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.
-      Aqram / Akeem
-   Adik kandung Karl semasa kecil
-   Merupakan kanak-kanak cacat dan terencat akal
-   Merupakan manusia cyborg
-   Sudah berusia 60 tahun yang telah dicipta semula oleh Karl sehingga kelihatan berusia 30 tahun
-   Mempunyai sikap belas kasihan apabila merayu kepada Dr. Maxi agar membetulkan ingatan Shida. Aqram juga meminta Alia memadamkan ingatan Karl daripada minda Shida kerana tidak mahu Shida menderita.
-   Seorang yang bijak menggunakan kesempatan semasa mencuri cawan minuman Farisha ketika Farisha tidur di dalam pesawat untuk memperoleh DNA Farisha.
-   Seorang yang patuh akan setiap arahan Dr. Maxi apabila dia ditugaskan untuk mengawal Farisha.
-   Aqran bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh Dr. Maxi kepadanya.
-      Shida
-   Kawan baik / serumah dengan Farisha
-   Seorang yang prihatin kerana sangat mengambil berat akan perkembangan dan kesihatan Farisha.
-   Shida tekun dalam melaksanakan kerjanya. Hasil ketekunan mengkaji data-data di Soft Lab, dia berjaya menyelongkar rahsia Dinara dan mendapati bahawa nama Medina tidak tercatat dalam senarai kumpulan yang membangunkan Dinara walaupun projek itu usaha Medina bersama Karl.
-   Shida baik hati kerana sanggup menghantar Farisha ke stesen monorel apabila Farisha meminta bantuan daripadanya.
-      Dr. Maxi
-   Penyelidik yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dinara di Soft Lab.
-   Tegas, kejam dan bijak.
-      Rosman
-   Rakan sekerja Farisha di Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd serta mengendalikan kerja syarikat di Senawang.
-   Menepati janji, bersikap terburu-buru dan bijak.
-      Karl
-   Ayah Farisha, abang Aqram, suami Alia dan kekasih Medina. Dia pernah memenangi Anugerah Inovasi peringkat Kebangsaan. Karl menghidapi penyakit kanser dan berumur dalam lingkungan 60 tahun.
-   Bijak, kejam dan bersikap individualistic.
-      Azraai
-     Abang angkat Farisha dang mengalami masalah jantung.
-     Penyayang, bertanggungjawab dan berani.
-      Alia
-   Nama asalnya ialah Rusmina iaitu isteri Karl dan kakak ipar Aqram serta diubah menjadi manusia cyborg oleh Karl.
-   Cemburu dan kejam
-      Medina / Marilyn / Mummy
-   Ibu Farisha dan kekasih Karl
-   Pendendam tetapi penyayang
SARAWAK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Silir Daksina
Di Sebalik Dinara
-   Masyarakat peniaga – Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.
-   Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa – Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasakan seni warisan Melayu.
-   Masyarakat yang berpendidikan – See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam. Haiqal juga meninggalkan kampung Seri Purnama lalu sambung belajar di menara gading.
-   Masyarakat yang berbilang kaum – Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lim dan See Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.
-    Masyarakat penyayang – Contohnya Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang akan anaknya pada manuskrip.
-   Latar masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga. Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang interkom yang bersambung antara apartment Farisha dengan rumah Azraai.
-   Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak peduli orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.
-   Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri.  Marilyn @ Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia hampir menjadi gila.
-   Masyarakat yang celik ICT. Farisha, Mariyln@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam komputer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartment Farisha.
-   Masyarakat yang memegang amanah dan janji. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.
-   Masyarakat yang bijak. Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Oleh kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.


.